Archives

Post

Gambar -Gambar Sekitar Sukan BPOPA







Post

:::: Pengisian Hari Jumaat 22 April 2011 ::::

20 AMALAN MURAH REZEKI

  1. Menyempatkan diri beribadah
  2. Memperbanyakkan Istighfar
  3. Tinggalkan perbuatan dosa
  4. Sentiasa ingat Allah
  5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
  6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
  7. Tunaikan hajat orang lain
  8. Banyak berselawat
  9. Buat kebajikan banyak-banyak
  10. Berpagi-pagi
  11. Menjalin silaturrahim
  12. Melazimi kekal berwuduk
  13. Bersedekah
  14. Melazimi solat malam (tahajjud)
  15. Melazimi solat Dhuha
  16. Bersyukur pada Allah
  17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Al-Quran tertentu
  18. Berdoa
  19. Beriktiar sehabisnya
  20. Bertawakal

Bacaan lanjut disini inda2jinda@blogspot.com


Post

sekitar Sukan BPOPA (isnin & selasa)

cayalah kak Ada..... 

tu diaaaa Azri.. 

papa Adam telah terlipat!!! 

PRO...

posing sebelum bermain... 

gadis2 pemerhati

pengadil??

ok tiim!!!

bakat terpendam dua2 org ni...

ashmah goreng nasik.. :p 

pemerhati dan pemain.. (posing jaa lebih..)

pemerhati lagi... 

pengadil2 pro(??)

tu diaaaa kak Muhaida.. 


main apoww nih dik oi... 

CC & kak Ila berlatih congkak.. 

atlet2 karom tgh berlatih jgk.. 


Post

khabar dari UPKK II (pictorial)




Post

Sukan BPOPA Bakal Tiba

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Buat peringatan kepada warga BPOPA dengan ini bahawasanya saya mengistiharkan 'peperangan' tahun 2011 bakal bermula minggu depan..SUKAN BPOPA tahun 2011 bakal membuka tirai pada 18/04/2011 dengan acara PING-PONG akan berlangsung..Kepada semua warga BPOPA diharap bersiap sedia untuk 'bertarung' dan memberikan sokongan padu kepada 'pahlawan-pahlawan' pilihan mereka..


Secara personel sy selaku wakil 'pahlawan JEBAT' memberi amaran kepada semua..Kami dari JEBAT HEBAT akan menumpaskan dan tidak akan menunjukkan rasa belas kasihan langsung kepada semua lawan kami dalam setiap acara..HaHaHaHa(team lain dah takut la 2)..Jadi simpan2 la angan2 korg semua utk mng..Dan nantikan laungan semangat drp 'pahlawan-pahlawan' kami nanti yg pasti akan menggetarkan hati dan melembikkan lutut semua org..HaHaHaHa...

LAUNGAN SEMANGAT PAHLAWAN JEBAT HEBAT "KITA BAKOR JER..KITA BAKOR JER"

Hahaha..team lain ada bran ker..


Post

khabar dari UPKK.....

hye all.... kabare?? hopefully semua orang waras hari ni.... 

hahah.. saja2 nak menguar2kan kepada semua sedikit khabar dari Unit Pinjaman Kenderaan dan Komputer ataupun lebih popular dengan nama UPKK. untuk pengetahuan semua warga BPOPA, UPKK akan kehilangan 2 orang ahlinya berkuatkuasa minggu depan. menjadikan... esok adalah hari terakhir mereka berdua. dan kedua2 mereka... tak lain tak bukan adlh Hazira a.k.a Gie dan Syaila a.k.a Ila. Gie akan melapor tugas ke SUK Selangor manakala Ila akan melapor tugas ke SUK Pahang. dengar2 ceritanya... mereka berdua akan ditempatkan ke Bendahari Negeri masing2. 

semalam kami dah berjamuan ringan sambil makan2 kek Secret Recipe yang telah dibelanja oleh ex-boss iaitu Cik Siti Mariam a.k.a Che Yam yg skrg ini sdg bertugas di IPN, Sabak Bernam. tapi, jgn musykil wahai warga BPOPA... korang mmg akan selalu nampak dia... sekurang2nya seminggu sekali mundar-mandir di BPOPA ini. hehehehe... she really loves us so much.. i know~~ hehehehehe....

esok, kami mmg nak berjamuan lagi. tapi, warga BPOPA adlh tidak dijemput :p derrrr... baik tak payah cakap!! hahaah.... cumanye mcm tu lah, kalau ade sesiapa nak sedekah lauk, kami terima dgn hati terbuka dan anda akan dijemput secara otomatis. 

suasana pada hari ini.... biasa... Gie masih sibuk dgn kerja-kerja checking beliau... dan Ila ntah dh siap ke belum notis serahan tugas tu.... tp, skrg ni pkl 8.59 pagi jam di PC saya, beliau sedang bermain FB. ya ampuuunnn... jgn kau bawa perangai ini ke tempat baru nanti.

(ok.. berenti kejap... Leen dtg mintak resipi)

yaaa... UPKK akan kehilangan 2 anchor women dlm masa yang sama... heheh... mungkin selepas ini tiada lagi jerit2 Gie tanya itu ini.. ataupun hilai tawa Ila yg menggamatkan suasana... UPKK akan jadi sunyi, mungkin... hahaha... UPKK akan jadi pasif, mungkin... hahaha... segalanya akan berubah untuk UPKK. ouuucccchhh..... dan semestinya akan mengubah corak kehidupan seluruh BPOPA. waaah... dramatiknya~!!


Ila & Gie.. kedua2 mereka adalah rakan lunch saya. itu yang penting... slps ini, saya perlulah selalu menumpang kasih geng2 kak Ada & kakak untuk makan tengahari.


Ila adik bongsu kami... selalu menjadi mangsa untuk kami semua marah2 dan komplen itu ini. waaaah.. tak tau laaa sbnrnye lepas ni Ila redha ke tak.... jenuh nak mencari kt padang mahsyar nanti... huhuh... kami di UPKK selalu rasa mcm.. "sapa laaaa yang interview Ila ni dulu agaknye.." "kenape laaa kerajaan kene amek budak mcm ni kerja.." hahaha.. semuanya serba tak kena kalau membabitkan Ila. tapi, kalau bab2 kerja "buruh kasar".. Ila jgk yg selalunya jadi mangsa. "Ila.. tolong amek pinggan kt pantry.." "Ila... teman aku turun bawah.." "Ila... ko kene teman aku jgk ni.." yaaaa.. begitulah. Ila yg nampak mcm jantan, bak kata CC Zam. tapi, dalam hati ada taman. hahahahaha.... ((dgr cerita dia dh ade boifren skrg..)) tapi, Ila sebenarnya... terlalu sgt menjaga hati org lain berbanding hati dia sendiri. Ila selalunya, melebihkan kepentingan orang lain drpd kepentingan dia sendiri.... mcm tu lah Ila... dia selalunya, akan ikut apa yang kitaorg semua cadangkan walaupun sbnrnye, dia ada apa yang dia nak. dan kami semua, mcm mak tiri plak kadang2 rasanya... huhuh... Ila, ampun maaf untuk semua jerit pekik dan arahan2 yg membuta tuli tu yerrr... huhhuh....


Gie.. waaa.. ini star AG. mmg ala2 Iron Lady gitu. main olahraga, badminton.. etc... die lah gadis paling aktif sekali dkt BPOPA ni. Gie mmg anak kelate jati... payah giler nak dgr Gie tak ckp kelate. seboleh2nya dgn semua org die nak ckp kelate. Gie sgt sinonim dgn kata2 orang : "bekeng teeeh.." dan Gie akan cepat2 jawab.. "bukey bekeng.. soro derah" hahahaha.... oh Gie... tp Gie yg semua org kenal sbg bekeng, ganah..etc.. sebenarnye sgt lembut hati. masa ade sorang "abang" di unit kami menghadapi masalah rumahtangga... kali pertama mendgr cerita, Gie ni.. beria2 menangis. dia rasa sgt sedih... padahal, kami2 yg lain.. rasa sedih sikit je... dan sbg rakan yg plg "rapat" dgn Gie di UPKK ni... saya tau, Gie adlh org yg mcm coklat Cadbury Caramello.. keras di luar, lembik di dalam... hahahaha... dulu masa mula2 masuk kerja, saya tak suka Gie ni.. rasa die mcm pengawas!! suka dtg2 check kerja orang.. (tp, kak anis adlh ketua pengawas). tp sbb die rajin datang check2 laaa saya jadi agak rajin.. (walaupun selamanya adlh malas je..) btw, Gie ni adlh antara warga UPKK yg rajin buat kerja. rajin dan sgt berdedikasi. saya nujumkan, Gie bakal dpt APC dalam setahun dua lagi. insya Allah... wherever you're friend...


ok... saya ade amek gamba Gie tgh mengemas2 tempat die kejap tadi. nanti bile Ila mengemas saya akan maik gambar lagi :) dan sy akan upload nnt... esok mungkin.. sekali dgn gambar jamuan. untuk warga BPOPA... tengok sahaja!!! hehehehe... dan... patah tumbuh, pergi mestilah berganti kan?? nanti saya kenalkan sekali ahli keluarga baru UPKK... ;)


till then, jumpe lagi. sorry tertaip pajang2 pulak.... hehehehehe....


from the desk of :
Jah of UPKK
9.48am


p/s : call in tak leh masuk ek? bagusss... sampai bulan depan pun tak per. 


Post

farewell TP S3P : Puan Teh Poi Hong


Terima Kasih Puan Teh... Jasamu Dikenang......


Post

:::: Pengisian Hari Jumaat 8 April 2011 ::::

untuk renungan bersama....

8 PERHIASAN 8

Berkata Saidina Abu Bakar as-Sidiq : Terdapat LAPAN perkara yang menjadi perhiasan kepada LAPAN perkara iaitu:

  1. Menjaga perkara yang haram adalah perhiasan kepada yang fakir.
  2. Syukur perhiasan kepada nikmat.
  3. Sabar perhiasan kepada bala.
  4. Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan.
  5. Berlemah-lembut perhiasan kepada ilmu.
  6. Merendah diri perhiasan bagi orang yang bercakap.
  7. Meninggalkan riak perhiasan kepada kebaikan.
  8. Khusyuk perhiasan bagi orang yang sembahyang.


Post

:::: Pengisian Hari Jumaat 1 April ::::

WANITA ADALAH PENGHUNI NERAKA

Saidina Ali Karramallahahu wajhah berkata, "Saya dengan Fatimah menghadap Rasulullah SAW, kami dapati baginda sedang menangis, lalu kami berkata kepadanya, "Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku diisrakkan hingga kelangit, di sana aku melihat perempuan-perempuan dalam keadaan azab yang amat dahsyat, dengan itu aku menangis bila mengenangkan azab yang diterima oleh mereka", Ali bertanya, "Apakah yang ayahanda lihat di sana?"Rasulullah SAW bersabda, "aku melihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku melihat perempuan yang digantung lidahnya dan tangannya dikat kebelakang dan iqthran (timah cair yang panas) dicurah ke dalam tekaknya. Aku melihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat, tangannya terikat keubun-ubunnya, dan aku lihat perempuan memakan tali perutnya sendiri.
 
"Aku melihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat dari api neraka, otaknya keluar daripada lubang, badannya berbau busuk kerana berpenyakit sopak dan kusta."

"Aku melihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraannya yang dihadapi. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing,kala dan ular masuk ke kemaluannya atau mulutnya atau kelepasannya. Malaikat memukulnya dengan curung api neraka."
 
Sebab-sebab wanita masuk neraka  more>


Post

nak contribute jugak..!!!

susulan daripada post yg di'posted' oleh zuzu...khas utk srikandi2 BPOPA..

bagi mereka yang suke bersenam dgn tarian poco2..ni sy panjngkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang memperakukan bahawa tarian poco-poco adalah diharamkan kerana ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama Kristian dan pemujaan roh yg sering diamalkan di Jamaica. (ni mengikut kajian diorang lah)

....dan pengharaman ni akan diwartakan...so sama2lah kita beringat ye...kalau tak nak bersukan boleh cari alternatif lain..joging ke...berbasikal ke..kalau nak menari jugak g la kelas tarian yang ada tenaga pengajar yang mahir...nk tango ke, belly dance ke..even senamrobik tu pun setiap lentuk gerakan tu ada teknik yang tersendiri...jgn kerana nak bersenam punya pasal bdn pulak merana..

huhuuhu....renung-renungkan dan selamat beramal...!!!

p/s : geng2 renang BPOPA..!! bila nk renang lagi?? asal jumaat je makannnnnn....hahaha !!!(sama lah org yg menulis nih pun)


~ salam ~


Popular Posts